muslihat | 1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muslihat | Ar 1. daya upaya, ikhtiar: apakah ~ agar kesatuan itu benar-benar boleh me-wakili pelajar Melayu seluruhnya; 2. = tipu ~ tipu daya, akal, helah: sekarang apa yg kita mahu ialah satu tipu ~ yg licin spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu; beliau menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan utk ~ am; ~ perang siasat perang, taktik perang; bermuslihat mempunyai muslihat: negara itu mencapai matlamatnya dgn ~ dlm hal ehwal negara lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya upaya | 1. kekuatan, kemampuan, keupayaan, ikhtiar; 2. akal; sedaya upaya seberapa yg dapat diusahakan, (dgn) segenap akal atau sepenuh ikhtiar; berdaya upaya = berdaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muslihat | 1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang. | Kamus Pelajar |
akal | 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usaha | daya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud: ~nya utk mendirikan surau itu disanjung tinggi oleh orang ramai. berusaha bekerja dgn giat; berikhtiar dgn sedaya upaya: Utk mencapai kemajuan, kita mestilah ~. mengusahakan 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. perusahaan 1 pekerjaan secara besar-besaran utk membuat atau utk mengeluarkan barang-barang spt kain, baju; industri: ~ gula. 2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju. pengusahaan perbuatan atau hal mengusahakan sesuatu. pengusaha orang yg mengusahakan sesuatu badan perusahaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fikiran | 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengikhtiarkan | 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olah I | 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan mainan; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: melangkah indah, ringan, cepat ~ tak berpijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, memperolok-olokkan, mempersendakan; 2. memperdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: seorang laki-laki yg keterlaluan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akal | 1 kekuatan otak utk menimbangkan atau utk memikirkan sesuatu; daya berfikir: Orang yg kurang ~ saja yg sanggup melakukan perkara yg tidak senonoh. 2 daya upaya atau cara utk melakukan sesuatu; ikhtiar: Dicarinya ~ bagaimana hendak melepaskan dirinya drpd bahaya itu. 3 tipu daya; helah; muslihat. ~ budi fikiran yg sihat. ~ bulus (kancil) tipu daya yg licin. ~ geladak tipu daya utk tujuan buruk. berakal mempunyai akal; cerdik; pintar. mengakali 1 mencari jalan atau ikhtiar utk melakukan sesuatu: Dia ~ usaha-usaha utk berdikari. 2 menipu atau memperdaya: Dia tidak berjaya ~ saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |