dedak | 1 kulit padi yg menjadi serbuk semasa ditumbuk. 2 serbuk halus drpd kulit padi (yg dimesin) sbg bahan makanan ayam, itik dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dedak III | ; berdedak menaruh perasaan dendam atau sakit hati, berdendam: memang sudah lama hati saya ~ melihat lagak lakumu dlm negeri ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedak II | ; berdedak, mendedak bersesak-sesak, berapat-rapat (bkn perahu dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedak I | kulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;bagai padi hendakkan ~, bagai laki hendakkan kendak prb orang yg suka menolak pemberian yg baik dan lebih suka membuat pekerjaan buruk; minta ~ kpd orang mengubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedak | 1. kulit padi yg menjadi serbuk semasa ditumbuk. 2. serbuk halus drpd kulit padi (yg dimesin) sbg bahan makanan ayam, itik dll. | Kamus Pelajar |
dedek | Jk ® dedak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
busi I | ark dedak, sekam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bekatul | Jk serbuk halus drpd kulit padi, dedak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puru | 1. sakit patik, Framboestia tropica; ~ bunga belang putih-putih pd kulit tanda akan sakit puru (patik); ibu ~ puru yg besar; 2. sj penyakit kulit; jenis-jenisnya: ~ dedak, ~ jahat, ~ koci, ~ sekam, ~ sembilik, dll; getikkan ~ di bibir prb tidak dapat membenci anak isteri (keluarga) yg buruk kelakuannya; orang yg ~ gatal tubuhnya nescaya meng-garu juga kerjanya prb sesuatu perbuatan yg jahat itu lambat laun nampak juga oleh orang; berpuru menghidap sakit puru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengindang | Mn menampi (beras, padi, dll) dgn nyiru: sambil ~ beras itu, dia memperhatikan orang yg lalu di hadapan rumahnya; diindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu prb, Mn jika mencari menantu hendaklah diusul periksa betul-betul supaya tidak ada celanya; tidak terindang dedak, berbiak lagi prb, Mn tidak berdaya (bertenaga, berkuasa) lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |