dekor | (dékor) 1. IB perlengkapan pentas (spt tirai, hiasan, dll) utk pertunjukan sandiwara; 2. gaya atau keseluruhan alat hiasan yg memberikan wajah tertentu kpd sesuatu tempat (spt bilik, rumah, dsb): sesuai dgn struktur pembinaannya, ~ banglo berwajah antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwajah | 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wajah | 1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keadaan luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |