demokratik | (démokratik) 1. dicirikan dgn, terbit drpd, berkaitan dgn prinsip-prinsip demokrasi; 2. menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa; mendemokratikkan menjadikan demokratik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demokratis | (démokratis) Id demokratik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demokrat | (démokrat) penyokong demokrasi atau prinsip-prinsip demokratik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liberal | 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg menganut fahaman liberal; 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkembangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liberal | 1 (sifat yg) condong kpd kebebasan; (fahaman) bebas. 2 pemerintahan yg bersifat demokratik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fasis | penganut faham nasional yg didasarkan pd pemerintahan yg bertindak atas kekuasaan drpd hak-hak demokratik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
egalitarianisme | (égalitarianisme) fahaman bahawa semua orang sama rata, dan dgn itu mestilah mendapat hak dan peluang yg sama: dlm keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat ciri-ciri ~ yg mendasari bentuk keluarga demokratik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |