Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[den.da] | دندا

Definisi : 1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat; mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. meng­hukum (biasanya berkaitan dgn ke­salahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana ke­cuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; pendendaan perihal (perbuatan) mendenda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[den.da] | دندا

Definisi : 1 wang yg mesti dibayarkan kerana melanggar peraturan atau melanggar undang-undang: Dia diwajibkan membayar ~ sebanyak RM2,000.00 atau masuk penjara selama setahun. 2 hukuman (bkn kesalahan yg kecil): ~ atas murid yg tidak membuat kerja rumah; ~ kerana melawan cakap orang tuanya. mendenda 1 mengenakan denda pd: Mahkamah telah ~nya sebanyak RM500.00. 2 menghukum (bkn kesalahan yg kecil): Guru ~nya kerana datang lewat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denda


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pati II; denda ~ denda kerana membunuh orang (melanggar adat): melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~; kerap ~ membunuh orang dgn sembunyi­-sembunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
denda patidenda kerana membunuh orang (melanggar adat): melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjatuhkan dendamengenakan denda;Kamus Dewan Edisi Keempat
denda1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat; mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. meng­hukum (biasanya berkaitan dgn ke­salahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana ke­cuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; pendendaan perihal (perbuatan) mendenda.Kamus Dewan Edisi Keempat
fidyah1. denda sebab tidak mengerjakan sesuatu fardu: ~ utk puasa; 2. denda atau ganti rugi yg mesti dibayar kerana melukai atau membunuh orang, diat.Kamus Dewan Edisi Keempat
setrapIB, bp hukuman atau denda (di sekolah), dera; setrapan hukuman, denda.Kamus Dewan Edisi Keempat
bangun IIIsl denda, ganti rugi (kerana membunuh atau merugikan orang);membangun membayar denda atau ganti rugi, mengganti kerugian: membunuh tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pampas Idenda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut; memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll); memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu; pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = pe­mampasan perihal membayar ganti rugi.Kamus Dewan Edisi Keempat
fidyah1 denda atau tebusan yg dikenakan kpd seseorang kerana meninggalkan sesuatu fardu atau kerana melanggar syarat ibadat tertentu. 2 denda atau ganti rugi yg mesti dibayar kerana mencederakan atau membunuh orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dendaan1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas