Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
komunikasi data(data communication)1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara perantiKamus Komputer
ujian pukal(volume test)Kaedah untuk menyemak keberkesanan perjalanan atur cara dengan mengujinya dengan data sebenar yang besar jumlahnya.Kamus Komputer
pengesahsahihan(validation)Pemeriksaan yang dilakukan terhadap rekod untuk menentukan kesahihan atau ketepatannya dengan membandingkannya dengan rekod yang terdapat dalam fail utama.Kamus Komputer
pembanding alamat(address comparator)Peranti yang mengesahkan alamat yang dibaca adalah sama dengan alamat rujukan dengan membandingkan kedua-dua alamat. Alamat rujukan ini terdapat dalam penumpuk atau daftar khas. Pemproses dengan itu boleh mengimbas ruang ingatan sehingga kedudukan yang ingin dicapai ditemui.Kamus Komputer
cerah l1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Kamus Dewan Edisi Keempat
sama denganserupa dengan;Kamus Dewan Edisi Keempat
diagnosis ralat(error diagnostics)Diagnosis yang dilakukan dengan mencetak bahagian atur cara yang mengandungi ralat untuk membantu pengesanan punca ralat. Ralat yang dikesan ditandakan dengan jelas bersama dengan butir-butir yang berkaitan.Kamus Komputer
suap balik(feedback)Kaedah penyambungan litar yang mengaitkan bahagian output dengan bahagian input melalui gelung tertutup. Ini membolehkan sistem menyelaraskan pengendalian litar secara berterusan dengan membandingkan isyarat output dengan isyarat input. Jika pengendalian sistem tidak lagi sejajar, suatu perbezaan akan wujud daripada perbandingan isyarat dan perbezaan isyarat ini akan digunakan untuk menyelaraskan litar supaya sistem menjadi sejajar semula.Kamus Komputer
log masuk(log in, log on)Tindakan menjalinkan perhubungan rasmi dengan sistem komputer dengan mendaftarkan nama dalam log sistem komputer sebelum dibenarkan menggunakan sistem.Kamus Komputer
pemahaman bahasa tabii(natural language understanding)1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii amnusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas