denting | ; berdenting berbunyi ting spt bunyi duit syiling jatuh ke batu; dentingan bunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke batu dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denting | bunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke batu, simen dsb; bunyi spt bunyi besi melenting dan terkena pd batu dsb. berdenting berbunyi denting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
denting | bunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke batu, simen dsb; bunyi spt bunyi besi melenting dan terkena pd batu dsb. berdenting berbunyi denting. | Kamus Pelajar |
tegang | 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), bertentangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp berkehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm perdebatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, menarik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisihan): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdenting | berbunyi denting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerenting | bunyi denting (spt bunyi wang syiling jatuh), kerencing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedengking | bunyi denting, kerenting, lenting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dencing | ® decing, denting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdenting | berbunyi denting. | Kamus Pelajar |
lenting II | bunyi denting (spt bunyi duit syiling jatuh ke lantai dll); berlenting, melenting berbunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke lantai, berdenting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |