geronyot | denyut-denyut (urat daging dll), sengal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denyut | = denyutan gerakan turun naik (pd nadi, ubun-ubun, pembuluh darah dll). ~ arus perubahan voltan atau arus elektrik yg berlaku dgn tiba-tiba atau sementara. berdenyut bergerak turun naik (pd nadi, ubun-ubun, jantung dll): Nadi orang hidup sentiasa ~ . | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
denyut nadi | gerakan nadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denyut jantung | gerakan kembang kempis atau debaran jantung; ~ nadi gerakan nadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denyut | = denyutan gerakan turun naik (pd nadi, ubun-ubun, pembuluh darah dll). ~ arus perubahan voltan atau arus elektrik yg berlaku dgn tiba-tiba atau sementara. berdenyut bergerak turun naik (pd nadi, ubun-ubun, jantung dll): Nadi orang hidup sentiasa ~ . | Kamus Pelajar |
denyut get(gate pulse) | Isyarat denyut yang dijadikan isyarat untuk mengawal penyaluran output litar. | Kamus Komputer |
debar | denyut (jantung, nadi): ~ jantungnya makin cepat; berdebar, berdebar-debar berdenyut-denyut atau bergerak-gerak agak pantas (bkn jantung, kerana seseorang itu terperanjat, ketakutan, dsb): ketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun ~; mendebarkan menjadikan atau menyebabkan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb): penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung hati; saya baru saja mendapat berita yg ~; debaran 1. debar: ~ jantung saya berkurang selepas mendengar penjelasannya; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi; perdebaran denyutan (jantung, nadi) yg agak kencang, debaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denyut | gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau debaran jantung; ~ nadi gerakan nadi; berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya mendenyut menahan kemarahannya; denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerak | 1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn~ yg lemah spt orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyat-kenyut: ~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll): janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu; ~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~- gerayu bergetar (pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) = ~langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan tentera yg mudah dipindah-pindahkan; segerak berlaku atau bergerak pd masa yg sama; menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama; penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll; bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan; ~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati; ~ hatinya timbul perasaan atau keinginan; gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan; pergerakan kebangkitan (utk memperjuangkan sesuatu): ~ kaum ibu; penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan; penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyut | denyut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |