denyutan arus | perubahan voltan atau arus elektrik yg berlaku dgn tiba-tiba atau sementara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
denyutan | gerakan turun naik (pd nadi, ubun-ubun, pembuluh darah dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
denyutan | gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengganding akustik(acoustic coupler) | Peranti elektronik yang digunakan untuk menyambungkan komputer pada talian telefon melalui gagang telefon. Peranti ini menukarkan isyarat digital komputer ke dalam bentuk denyutan nada bunyi dengan cara pengaruhan. Ini membolehkan data dihantar melalui talian telefon. Pada bahagian penerima peranti ini akan menukarkan semula nada denyutan kepada bentuk isyarat digital. Peranti ini disebut pengganding akustik kerana peranti ini menggunakan teknik penukaran akustik untuk penukaran isyarat. | Kamus Komputer |
denyut | = denyutan gerakan turun naik (pd nadi, ubun-ubun, pembuluh darah dll). ~ arus perubahan voltan atau arus elektrik yg berlaku dgn tiba-tiba atau sementara. berdenyut bergerak turun naik (pd nadi, ubun-ubun, jantung dll): Nadi orang hidup sentiasa ~ . | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perdebaran | denyutan (jantung, nadi) yg agak kencang, debaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palpitasi | ist denyutan jantung yg pantas, kuat atau tidak teratur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nadi | 1 denyutan pd salur darah ketika darah dipam oleh jantung. 2 = urat ~ salur darah yg berdenyut-denyut (pd pergelangan tangan dsb) ketika darah dr jantung dipam ke seluruh tubuh. 3 pergelangan tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
palpitasi | (Ubat) denyutan jantung yg pantas, kuat atau tidak teratur, debaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nadi | 1. denyutan tetap pd arteri disebabkan oleh kontraksi jantung, biasanya boleh dirasa di pergelangan tangan: gerak ~nya semakin cepat; 2. = urat ~ pembuluh darah pd pergelangan tangan (terasa berdenyut-denyut); 3. = urat ~ ki unsur atau faktor yg menjadi asas atau penggerak utama kpd sesuatu (kegiatan, pergerakan, perkembangan, dll), punca hidup, jiwa: kebanyakan negara membangun turut mengikuti falsafah pembangunan yg berteraskan sektor perkilangan sbg ~ pembangunan; masjid itu dlm erti kata sebenarnya menjadi jantung dan ~ perkumpulan itu; batang ~ pembuluh darah yg besar; pembuluh ~ pembuluh darah dr jantung; tinggal ~ prb perihal orang yg sakit tenat; bernadi ada nadi, berdenyut nadi; dia sudah tidak ~ lagi sudah mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |