sewajar | ; ~ dgn setimbal dgn; sesuai dgn. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
temu | ; bertemu 1 berjumpa (dgn); bersua (dgn): Dlm perjalanan itu, mereka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. menemui 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. menemukan 1 mendapat atau mencipta sesuatu yg baru: Pakar-pakar perubatan telah ~ cara mengubati penyakit itu. 2 memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. mempertemukan 1 membawa atau membuat supaya bertemu: Jika perlu, saya boleh ~ saudara dgn pegawai itu. ~ jodoh mengahwinkan. 2 menjadikan berhubungan atau bercantum: Beliau kemudian telah ~ kedua-dua belah hujung dawai itu. pertemuan 1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis. penemuan 1 sesuatu yg diperoleh atau yg ditemukan. 2 hal atau perbuatan menemui atau menemukan. penemu orang yg menemukan atau yg mencipta sesuatu yg baru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tindas | ; menindas 1 menghimpit atau menekan dgn kuat: ~ kutu. 2 melakukan sesuatu dgn sekehendak hati atau dgn kekerasan; menekan. 3 menghapuskan sesuatu (pemberontakan dll) dgn kekerasan atau dgn paksa. tertindas diperlakukan sekehendak hati atau dgn kekerasan; ditindas; ditekan. penindasan perbuatan atau hal menindas. penindas orang dll yg menindas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sewajar dgn | setimbal dgn; sesuai dgn. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertabur | 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tabur | ; bertabur 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. bertaburan, bertabur-tabur bersepah merata-rata; berhamburan ke sana sini; berserak-serak; berselerak: Buku dan kad selamat hari raya ~ di dlm biliknya. menabur 1 membuat jadi bertabur; membuang ke serata tempat supaya bertabur: ~ benih padi di semaian; ~ bunga di perkuburan. 2 ki menyiarkan pendapat dll; menyebarkan cerita dll: Janganlah kamu ~ cerita yg belum tentu benarnya itu. menaburi menghamburkan sesuatu pd; menabur pd: Mereka telah ~ peti jenazah itu bunga mawar dan bunga melati. menaburkan menabur sesuatu utk. taburan 1 sesuatu yg bertabur atau yg ditabur. 2 serakan; sebaran. penaburan perbuatan (hal, cara dll) menabur atau menaburi. penabur 1 orang yg menabur. 2 alat yg digunakan utk menabur (benih dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menindas | 1 menghimpit atau menekan dgn kuat: ~ kutu. 2 melakukan sesuatu dgn sekehendak hati atau dgn kekerasan; menekan. 3 menghapuskan sesuatu (pemberontakan dll) dgn kekerasan atau dgn paksa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertemu | 1 berjumpa (dgn); bersua (dgn): Dlm perjalanan itu, mereka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulit | ; berulit 1 sedang menidurkan anak. 2 = ~ dgn tidur dgn. mengulit menidurkan anak dgn bernyanyi; mendodoikan anak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menangkis | 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |