salai | ; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang ~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (meng-asapi) di atas api; penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dll); penyalai perkakas (para-para dsb) yg diguna-kan utk menyalai: dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdiri di atas | didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyalai | 1 meletakkan di atas api supaya kering; mengeringkan di atas api: Ibunya telah ~ ikan yg ditangkapnya. 2 memanaskan badan di atas api (bagi orang yg baru bersalin). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baring | ; berbaring berada dlm keadaan merata atau memanjang: Sementara menunggu waktu makan, ia ~ dahulu di atas katil. membaringkan meletakkan di atas bahagian yg panjang sekali; meletakkan memanjang: Beliau ~ anaknya di atas kerusi panjang. terbaring terletak memanjang: Ia jatuh ~ di atas jalan raya kerana dilanggar kereta. perbaringan tempat berbaring, spt katil dan pangkin: Dia mengelamun di ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memangku | 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pundak | bahu (juga dlm erti kiasan): di atas ~ merekalah terletaknya tinggi rendah mutu ilmu nanti; angkat ~ bp menyatakan (menunjukkan) tidak tahu; tertanggung (terpikul) di atas ~ (tanggungjawab dll) terletak di atas diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salai | ; bersalai berada dekat api (utk dikeringkan dll). menyalai 1 meletakkan di atas api supaya kering; mengeringkan di atas api: Ibunya telah ~ ikan yg ditangkapnya. 2 memanaskan badan di atas api (bagi orang yg baru bersalin). salaian sesuatu yg disalai. penyalai tempat menyalai sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
naik (di, di atas) kepala | berbuat sesuatu yg melampaui batas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanami | menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ski | permainan meluncur di atas salji atau di atas air dgn menggunakan lapik kaki yg khas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |