Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah

Puisi
 

Apa busuk di bawah bangku,
     Anak ayam mati terlentang;
Siapa duduk dengan Cik Bongsu,
     Bagai bulan pagar dek bintang.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
panjibendera (biasanya yg ber­segi tiga panjang); di bawah ~ di bawah naungan (dilindungi oleh); spt ~, ditiup angin berkibar-kibaran prb tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yg kuat.Kamus Dewan Edisi Keempat
komando1. perintah (dlm perbarisan dll), aba­aba: ketua pasukan menjerit memberi ~; 2. perintah, pimpinan: di bawah ~ di bawah pimpinan, diperintah (oleh); memegang ~ memegang pimpinan; 3. unit (atau anggota) khas dlm angkatan tentera yg dilatih khusus utk melakukan serangan mengejut terhadap musuh: pendaratan dan pengguguran ~ dijalankan pd malam hari; mengomando memberi komando atau pe­rintah, mengetuai atau memimpin (gerakan tentera dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
panji, = panji-panji kain yg biasanya berbentuk segi tiga sbg tanda; bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). di bawah ~ di bawah naungan atau lindungan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
naung, naungan 1. tempat teduh (di bawah pohon dll), lindungan: duduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; panas di sini, tidak ada naungan utk berteduh; 2. ki jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan: dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih; bernaung 1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris; bernaungkan bersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan: hidup itu ~ penye­rahan diri kpd Allah; menaungi 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris; pernaungan 1. tempat bernaung, perlin­dungan; 2. perihal (perbuatan dsb) menaungi: dgn cara paksaan, gesaan atau ~; penaungan perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan; penaung orang yg memberi lindungan (ban­tuan, galakan, dll), pelindung.Kamus Dewan Edisi Keempat
telapaktelapakan 1. tapak kaki, tapak tang­an: dia meletakkan wang itu ke ~ tangan­nya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda); di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b) anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
naung, = naungan 1 tempat teduh atau tempat yg terlindung drpd panas (di bawah pokok dll): Dia duduk di bawah ~ pohon yg rimbun. 2 ki jagaan; kawalan; lindungan: Pd awal kurun yg kedua puluh dahulu, banyak negeri di Asia dan di Afrika yg terletak di bawah ~ Inggeris. bernaung 1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan drpd negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris. menaungi 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll: Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. pernaungan perbuatan atau hal bernaung. penaungan perbuatan atau hal menaungi; pelindungan. penaung orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengawasanperihal (perbuatan dsb) meng­awas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat;Kamus Dewan Edisi Keempat
bernaung1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan drpd negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bernaung1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris;Kamus Dewan Edisi Keempat
di bawah penilikandi bawah kawalan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas