Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibawa

Puisi
 

Bunga dibawa dari Deli,
     Kembang tengah tiga cabang;
Tuan jual saya beli,
     Kalau tidak saya menumpang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Tiada dibawa orang sehilir semudik.

Bermaksud :

Tersisih daripada pergaulan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terbawa1 dibawa dgn tidak sengaja: Mula-mula saya hanya bermain-main dgn tongkat datuk, tetapi kemudian tongkat itu ~ pulang. 2 dpt dibawa; sanggup dibawa; terdaya: Barang sebanyak itu tidak ~ olehnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terbawa1. dibawa dgn tidak sengaja: Mula-mula saya hanya bermain-main dgn tongkat datuk, tetapi kemudian tongkat itu ~ pulang. 2. dpt dibawa; sanggup dibawa; terdaya: Barang sebanyak itu tidak ~ olehnya.Kamus Pelajar
derau Ibunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll); berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan ber­derau-derau bunyi riaknya; 2. ki ter­sentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. ter­cetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ke­tawa), ber­derai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; derauan 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian.Kamus Dewan Edisi Keempat
hanyut1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bawaan1 apa-apa yg dibawa: ~ yg melebihi 40 kilogram beratnya akan dikenakan bayaran tambahan. 2 harta benda yg dibawa ketika berkahwin: Apabila berlaku perceraian, ~ isteri pulang kpd isteri. 3 benda yg dibawa sbg hadiah; buah tangan: Setiap kali dia datang, ada-ada saja ~nya. 4 berkaitan dgn sesuatu yg dibawa oleh: penyakit ~ air penyakit yg tersebar melalui air yg tercemar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hanyut1. dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2. pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3. ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1. membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2. ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan.Kamus Pelajar
hanyut1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belu­lang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebab­kan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa menge­lamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bawaan1. apa-apa yg dibawa: ~ yg melebihi 40 kilogram beratnya akan dikenakan bayaran tambahan. 2. harta benda yg dibawa ketika berkahwin: Apabila berlaku perceraian, ~ isteri pulang kpd isteri. 3. benda yg dibawa sbg hadiah; buah tangan: Setiap kali dia datang, ada-ada saja ~nya.Kamus Pelajar
dibawa ke tengahdikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
dibawa ke muka pengadilandihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas