suku kata | (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan ‘hulubalang’; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masbuk | Ar 1. yg didahului, iaitu makmum yg tidak sempat membaca al-Fatihah pd rakaat pertama bersama imam semasa solat; 2. perihal bercampur dlm sesuatu kumpulan orang atau masyarakat, percampuran, pergaulan: semasa tinggal di kampung seorang diri, terpaksalah dia memasuki ~ tetangganya kerana tidak mahu kesunyian; ini disebabkan bapaku termasuk dlm ~ orang surau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelampauan | sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenduri I | perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembahyang Jumaat | sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah, pd hari Jumaat pd waktu zuhur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
guruh | bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
guruh | bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guruh | bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. | Kamus Pelajar |
guntur | bunyi yg kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; guruh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelangkahan | 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui; | Kamus Dewan Edisi Keempat |