Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didapati

Puisi
 

Cik Siti menyulam bunga,
     Kain baldu disulam kelingkan;
Sudah didapati tidak berguna,
     Kenapa tak mahu tuan lepaskan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Yang dikejar tidak dapat,
     yang dikendong berciciran.

Bermaksud :

Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dapatan1. ark sesuatu yg didapati (diper­oleh), perolehan; ~ tinggal harta yg didapati semasa kahwin dan menjadi hak isteri apabila bercerai; 2. sesuatu yg didapati atau diketemui (hasil drpd kajian, penyelidikan, dsb), pene­muan: menyediakan laporan tentang be­­- be­ra­pa ~ drpd kajian yg telah dijalankan;Kamus Dewan Edisi Keempat
nadir IAr jarang ada atau didapati ganjil; gas ~ gas yg tidak bertindak balas dr segi kimia dan didapati dlm jumlah yg sangat sedikit dlm udara atmosfera, spt neon dll; kenadiran perihal jarang ada atau terdapat: satu cara yg sering digunakan utk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dgn mengenal pasti tera air pd kertas yg ber­kenaanKamus Dewan Edisi Keempat
ada1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manu­sia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melem­butkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyak­lah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menye­babkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemuka­kan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan ke­lakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkata­kan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau me­nim­­­bulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperang­an; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (ke­dudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang.Kamus Dewan Edisi Keempat
parafin(Kim) 1. campuran hidrokarbon yg biasanya berlilin, mudah terbakar, didapati drpd sulingan kayu, arang batu, petroleum, dll, dan digunakan dlm membuat lilin, sintesis kimia, dan kosmetik; 2. hidrokarbon cecair mudah terbakar yg didapati dgn menyuling petroleum dan digunakan terutamanya sbg bahan api.Kamus Dewan Edisi Keempat
hasil1. segala sesuatu yg didapati atau diper­oleh (drpd tanah, usaha dan kegiatan, dll), pen­dapatan, perolehan: kemajuan yg kita dapat sekarang ini adalah ~ drpd usaha kita yg bersungguh-sungguh; ~ padi kita kini sudah mencukupi; semua ~ jualan tiket akan didermakan kpd tabung bencana ban­jir; 2. akibat, kesudahan (drpd perlawanan, peperiksaan, dll): penyakit yg dihidapinya ~ perbuatannya sendiri; ujian Sijil Rendah Pelajaran tahun ini sangat baik ~nya; 3. perolehan atau pendapatan (yg terdiri drpd cukai, pajak, sewa tanah, dll): ~ negeri dipu­ngut dgn berbagai-bagai cara; ~ bahagi (Mat) hasil atau dapatan yg di­peroleh drpd membahagi-bahagikan satu angka dgn angka yg lain; ~ buangan (Kim) bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri; ~ bumi a) Id hasil drpd pertanian; b) hasil yg didapati drpd dlm tanah (berupa galian) dan drpd tumbuh-tumbuhan; ~ cukai pendapatan drpd cukai; ~ darab (Mat) jawaban atau dapatan drpd mendarab; ~ hutan barang yg didapati drpd tumbuhan dlm hutan (spt damar, kayu-kayan, rotan, dll); ~ ikutan (turut) Id hasil sampingan; ~ kali Id hasil darab; ~ kepala Kl cukai yg dikenakan ke atas seseorang; ~ mahsul berbagai-bagai hasil sesuatu negeri; ~ negeri a) hasil sesuatu negeri; b) pendapatan kerajaan (cukai dll); ~ purata (Mat) angka tengah yg sama jauhnya drpd angka yg per­tama dan yg akhir (spt lima ialah suatu kuantiti antara dua dan lapan); ~ pertanian barang-barang keluaran pertanian; ~ pintu cukai yg dikenakan atas rumah dlm kawasan majlis bandaran; ~ pokok ark cukai mengikut bilang­an pokok pd sebidang tanah; ~ sampingan hasil yg bukan hasil utama (mis sabut dlm perusahaan kelapa); ~ semula jadi hasil yg bukan buatan manusia; ~ sut (Eko) hasil yg diperoleh drpd jualan (keluaran) tambahan; ~ tanah a) cukai tanah; b) hasil bumi; ~ tapak ark cukai tanah bersama cukai yg belum dibayar; ~ tenusu hasil drpd binatang ternakan (spt susu dll); ~ terakru (Eko) hasil yg di­peroleh dlm tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh per­akaunan itu; ~ utama Id hasil yg pokok (yg terutama); berhasil 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~;menghasilkan 1. mendatangkan (menge­luar­­kan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg per­tama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; hasilan hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu: TV3 telah mengadakan slot cerekarama yg menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan; kehasilan benda yg dihasilkan: upah sawah itu kadang-kadang sama dgn ~ yg diper­dapat;keberhasilan perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): suatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog; ~ peng­gunaan istilah banyak bergantung pd masya­rakat penggunanya; ~ sesebuah novel; ~ sesuatu prosedur; penghasilan 1. perihal (usaha dsb) meng­hasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; penghasil orang atau alat yg menghasilkan (membuat, mencipta, dll) sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
terdapatdidapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedapatandidapati, dijumpai, diketahui: manakala ia balik, ~ rumahnya sunyi; apa­bila kerjanya itu hendak dipangku oleh orang lain, ~ kira-kira wangnya terkurang sebanyak dua puluh ringgit; muka berpan­dangan, budi ~, kasih bagai lama juga prb anggapan (perasaan) yg tidak berubah kpd seseorang walaupun ia berlaku serong;Kamus Dewan Edisi Keempat
terdapatdidapati ada; ada:Di belakang rumahnya,~ juga pokok buah-buahan.Kamus Pelajar
tersuaboleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daun­nya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
pesalahorang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas