terhormat | dimuliakan atau dihormati: kpd yg ~ saudara Ahmad. | Kamus Pelajar |
empuan | wanita yg dihormati. tengku ~ gelar utk permaisuri raja (di beberapa buah negeri). | Kamus Pelajar |
kenamaan | 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat tinggi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. | Kamus Pelajar |
kehormat | 1. orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2. yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3. orang yg jasanya tidak dibayar:bendahari ~. | Kamus Pelajar |
encik | panggilan atau gelar kpd seseorang yg dihormati. berencik menggunakan kata encik (apabila bercakap). | Kamus Pelajar |
peterana | bangku tempat duduk pengantin atau orang yg dihormati. | Kamus Pelajar |
hero | /héro/ 1. orang yg dipandang mulia dan dihormati kerana keberanian atau kegagahannya. 2. tokoh lelaki yg memegang peranan utama dlm sesebuah cerita dsb. | Kamus Pelajar |
beliau | kata ganti diri ketiga utk orang yg lebih tua atau yg dihormati: Pak cik saya berpangkat besar tetapi ~ tidak sombong. | Kamus Pelajar |
tuan | 1 panggilan bagi orang lelaki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ hakim. | Kamus Pelajar |
kebajikan | perbuatan yg mendatangkan kebaikan; jasa: Orang yg berkemampuan dan suka membuat ~ dihormati oleh masyarakat. | Kamus Pelajar |