Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijadikan sebagai


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
untuk1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami.Kamus Dewan Edisi Keempat
umpama1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan ber­lapis-lapis pd ungkapan-ungkapan kata­­nya; 2. sj peribahasa yg berupa perbanding­an dgn sesuatu yg lain (umumnya me­ngandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kayu I1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yg hidup atau tumbuh (digunakan juga) utk menyatakan nama atau jenis pohon spt ~ ara, ~ kembang, dll; batang ~ batang pohon; dahan ~ dahan pohon; daun ~ daun pohon; 2. bahagian batang (dahan dsb) yg keras yg banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dll): bahan api ialah benda-benda yg dibakar utk mendatangkan panas spt ~, arang batu, minyak tanah, dll; perabot yg dibuat drpd ~ jati; 3. yg dibuat drpd kayu (batang atau dahan pokok): kerusi ~; rumah ~; ~ akhir (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih kecil, lebih tum­pat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian drpd bahagian kayu awal; ~ antara (Bio) lapisan pd sebelah dlm gubal kayu yg mem­punyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dr segi warna dan sifat umum); ~ api = ~ bakar kayu yg digunakan sbg bahan api; ~ arang sj kayu yg keras dan hitam warnanya; ~ awal (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami peruba­han musim) yg mempunyai sel yg lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pd awal musim pertumbuhan; ~ balak a) batang kayu yg telah dipotong; b) Id batang kayu yg telah ditarah; ~ bangunan kayu yg baik utk dibuat rumah dsb; ~ belantan sj gada (pemukul) drpd kayu; ~ besi sj kayu yg keras dan berat (berwarna hitam); ~ bongkok ki orang yg hina lagi mis­kin (selalu dipandang rendah); ~ cagak kaki penyangga (meriam dll) drpd kayu; ~ gabus kayu yg lembut dan ringan; ~ gergaji (Hut) kayu yg dihasilkan drpd pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, mis papan dan beroti; ~ hutan kayu drpd pokok­pokok di hutan; ~ jaras kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; ~ keras (Hut) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dll); ~ kumai (Hut) kayu panjang yg dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk utk tujuan hiasan; ~ lapis kayu keping yg nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu); ~ lembut (Hut) tumbuhan Gymnospermae yg menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dll); ~ lempung a) kayu yg ringan; b) Kl orang yg berbadan besar tetapi tidak kuat; ~ malam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.; ~ manis kulit drpd sj pokok yg manis­manis pedas rasanya (digunakan dlm ma­sakan); ~ masam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.; ~ muda (Bio) bahagian kayu yg cepat tumbuh yg terbentuk di keliling empulur pokok; ~ palang a) pe­ngancing pintu drpd kayu; b) salib; ~ pembaris (rul, skil) kayu dll yg bersenggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus); ~ putih tumbuhan yg menghasilkan sj minyak utk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron; ~ satar Id kayu pembaris; ~ ukur a) kayu utk meng­ukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perban­dingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; ~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya; ~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya; ~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya; ~ yg banyak akarnya tak takutkan ribut = ~ yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apa-kah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah; bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa; besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelan­jaannya; di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri; kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi; laksana pohon ~ tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna; seberat-berat ~ terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut; tak ~ jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud; umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi; umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain; kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu; berkayu 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu; perkayuan 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kanunundang-undang; hukum; peraturan:~ adat hukum adat. berkanun diluluskan oleh undang-undang; menurut undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen. badan ~ badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA dll) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan. menganunkan menjadikan undang-undang:Bahasa Melayu telah dikanunkan sebagai bahasa rasmi negara ini. terkanun telah dijadikan undang-undang; termaktub dlm undang-undang.Kamus Pelajar

Kembali ke atas