dijatuhi | dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena hukum | dijatuhi hukuman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
algojo | 1 orang yg membunuh seseorang yg telah dijatuhi hukuman bunuh; tukang bunuh; pertanda. 2 ki orang yg zalim lagi kejam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
algojo | 1. orang yg membunuh seseorang yg telah dijatuhi hukuman bunuh; tukang bunuh; pertanda. 2. ki orang yg zalim lagi kejam. | Kamus Pelajar |
skuad penembak | sekumpulan askar yg diberi tugas utk menembak seseorang yg dijatuhi hukuman mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skuad penembak | sekumpulan askar yg ditugaskan utk menembak seseorang yg dijatuhi hukuman mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjatuhi | menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjatuhi | menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. | Kamus Pelajar |
membela | 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengadilan | 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) mengadili, perbicaraan serta keputusan oleh pengadil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukuman mati dlm ~ di mahkamah Nuremberg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |