sembunyi | tidak dpt dilihat kerana terlindung. sembunyi-sembunyi secara tidak dpt dilihat atau tidak diketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. bersembunyi berlindung diri supaya tidak dpt dilihat; menyorok: Dia ~ di balik pintu. menyembunyikan 1 menaruh sesuatu supaya tidak dilihat orang; melindungkan; menyorokkan: Budak-budak nakal telah ~ kasutnya. 2 tidak memberitahukan sesuatu; merahsiakan: Janganlah kamu semua hendak ~ perkara itu drpd kami. tersembunyi tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; terlindung; tersorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. persembunyian 1 tempat menyembunyikan sesuatu; tempat bersembunyi. 2 perbuatan atau hal bersembunyi. penyembunyian perbuatan atau hal menyembunyikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ternampak | 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlihat | 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wujud | 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benarbenar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halimun | 1. (Sunda) kabus; 2. = halimunan tidak dapat dilihat; orang halimunan orang bunian; doa (ilmu) halimunan jampi yg menjadikan seseorang tidak dapat dilihat orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arca | 1 patung yg dibuat drpd batu yg dipahat dan menyerupai bentuk sesuatu. 2 ist bayang spt yg dilihat pd cermin atau spt yg dilihat melalui kanta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampak I | 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayangnya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupanya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abstrak | tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arca | 1. patung yg dibuat drpd batu yg dipahat dan menyerupai bentuk sesuatu. 2. ist bayang spt yg dilihat pd cermin atau spt yg dilihat melalui kanta. | Kamus Pelajar |
hendap | ; menghendap membongkok atau menyeludup supaya tidak dilihat orang; menyembunyikan diri dgn maksud hendak mengintai, menyerang dll: Budak-budak itu ~ di balik pokok pagar. menghendapkan menyembunyikan sesuatu supaya tidak diketahui orang; menyorokkan; menggelapkan. terhendap-hendap terbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai dll); tersorok-sorok: Ketika ia sedang ~, ia dilihat oleh askar peronda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |