skala | 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukiskan (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. | Kamus Pelajar |
memetakan | 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skala | 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan sesuatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peta I | 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |