diri II | ; berdiri 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diri II | ; berdiri 1. tegak di atas kaki, tidak berbaring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk bersembahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak mencukupi; 2. (telah) diadakan atau ditubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas berdasarkan, berasaskan, (bergantung, bersandar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (bermula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; mendirikan 1. menjadikan berdiri, menegakkan: tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina (rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin; terdiri 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; dirian (Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan; pendirian 1. pegangan (bkn fahaman, pendapat, dll) utk menimbang atau menilai sesuatu: menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pembangunan: ~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal: Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. ark bangunan, binaan; 6. ark lembaga, perbadanan, pertubuhan; berpendirian mempunyai pendirian, berpegang teguh (pd sesuatu pendapat, fahaman, dsb): saya masih ~ bahawa Karl Marx telah membuat suatu ramalan yg meleset; pendiri 1. = sependiri sepanjang (setinggi) orang berdiri; 2. penaja sesuatu perkumpulan (perbadanan dll); 3. orang yg mendirikan atau mengasaskan sesuatu: semua ahli teori ini ialah ~ teori sastera Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diri II | berdiri 1. bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2. tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3. (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri. tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1. menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2. membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3. menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1. (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2. (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3. (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (spt prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu:Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1. pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2. perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. | Kamus Pelajar |
ambung II | ; mengambung, mengambungkan 1. melambungkan, melemparkan ke atas: ~ bola; 2. mengumbang-ambingkan: kapal itu diambung-ambungkan gelombang spt tem-purung; ~ diri a) menghempaskan diri; b) meninggikan diri, menyombong; 3. = mengambung-ambungkan mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung, memuja-muja: suka diambung-ambungkan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ledang II | (lédang) Jw ark; meledang menunjuk nunjukkan diri, memperagakan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjur II | ganjur, hela, tarik; menganjur mengganjur, menghela, menarik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kembali, memundurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjur II | Mn tarik, hela, mundur; berganjur mengundurkan diri: pegawai itu ~ diri utk mengelakkan perkelahian; berganjur-ganjur surut ki bersikap maju mundur; mengganjur menarik, merenggut (tali wau dll), menarik diri, mengundurkan: dia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolos II | Jk 1. tidak masuk sekolah (kerja dll): sudah dua hari ia ~ tetapi orang tuanya tidak tahu; 2. melepaskan diri, melarikan diri: dgn kawalan semacam ini, seorang tahanan pun tidak dapat ~;membolosi menembusi: apabila negara dicerobohi dan dibolosi pengaruh-pengaruh luar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layur II | Kd, Pn, bp menunjuk-nunjukkan diri, menayang-nayangkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murka II | ; angkara ~ mementingkan diri sendiri, loba, tamak; kemurkaan sifat kelobaan (ketamakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |