Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirian


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dirian(Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan;Kamus Dewan Edisi Keempat
merencah1. tidak tetap pen­dirian (pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar (pendirian, fikiran, dll), lincah; 2. mengerjakan bermacam-macam pekerjaan serentak (tetapi tidak ada yg selesai atau sempurna).Kamus Dewan Edisi Keempat
optimismesikap (pandangan hidup atau pen­dirian) yg melihat segala hal dr sudut kebaik­annya sahaja atau yg menjangkakan perkem­bangan (kemungkinan dsb) yg baik-baik sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
rencah III; merencah 1. tidak tetap pen­dirian (pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar (pendirian, fikiran, dll), lincah; 2. mengerjakan bermacam-macam pekerjaan serentak (tetapi tidak ada yg selesai atau sempurna).Kamus Dewan Edisi Keempat
vandalismeperbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persen­dirian: ~ yg berleluasa beberapa bulan yg lalu haruslah dikikis.Kamus Dewan Edisi Keempat
rapuh1 mudah patah; mudah pecah: Kayu itu ~. 2 tidak teguh (bkn pen­dirian); lemah (jiwa). merapuhkan menjadikan rapuh. kerapuhan keada­-an atau sifat rapuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
setia kawanberasaskan (memperlihatkan dsb) perasaan bersatu (bersefahaman, bersepakat dll), mempunyai (membayangkan dsb) pen­dirian dan kepentingan yg serupa: menanda­tangani perjanjian kerjasama dan ~; se­mangat ~ adalah penting bagi menjamin kestabilan rantau ini; kesetiakawanan sikap (pendirian, perasaan, dll) setia kawan: semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong utk ketahanan dan kegigihan dlm persaingan yg hebat.Kamus Dewan Edisi Keempat
rujukAr 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat ter­tentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pen­dirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak meng­­harapkan pemimpin-pemimpin itu da­tang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya ber­tanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegak1. berdiri: lambat amat ibu ~; 2. lurus ke atas (garisan, tiang, sikap badan, dll): dia berdiri ~; 3. tidak berbengkang-bengkok, lurus, tepat (pandangan): gunakan benang halus dan jarum halus supaya ~ jahitannya; 4. ki tetap tidak berubah, tetap teguh (pen-dirian dll): mereka tetap ~ dgn pendirian mereka; 5. = setinggi ~ sama tinggi dgn orang berdiri, sependiri; 6. wujud dan ber­kembang (sesuatu yg abstrak): mereka meng­anggap bahawa agama itu ~ di atas sang­kalan ter-sebut; ~ cancang tegak lurus (letak telinga binatang dll); ~ damar tempat memasang damar; ~ duduk sekejap berdiri sekejap duduk (gelisah); ~ ekor menunjukkan keberanian dan ke-garangan masing-masing; ~ tegun tegak dan tidak bergerak-gerak; ~ pd yg datar prb tetap berpegang pd ke­benar­an; ~ sama tinggi, duduk sama rendah prb dua orang yg sama darjatnya; ~ seroman-roman, duduk serupa-rupa prb dipandang rupa sbg orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dlm masyarakat; yg ~ disokong, yg lemah ditopang prb orang yg kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yg miskin patut dibantu pula; setegak setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya); tegak-tegak 1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~; bertegak; ~ lutut duduk dgn lutut ditegakkan; ~ nama Mn berkenduri utk memberi nama; ~ penghulu Mn merasmikan perlantikan peng­hulu;menegak 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia meng­hala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke pering­kat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); menegakkan 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuh-kan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau memper-tahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pen-dapat, pendirian, kebenaran, dll), mempertahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; tertegak tiba-tiba berdiri tegak, terdiri: bebe-rapa minit kemudian kereta itu pun ~ di depan pejabat besar; dgn ~nya keadilan, seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undang-undang; ketegakan perihal tegak, kedudukan; penegakan perihal menegakkan; penegak 1. sesuatu yg menegakkan (men­dirikan), pendiri; 2. orang (pihak) yg mem­perjuangkan sesuatu: ~ kebenaran; sepertegak Mn sepersalinan pakaian: sekarang dia hendak pulang, spt sediakala juga, dgn nasi sebungkus dan kain ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
diri II; berdiri 1. tegak di atas kaki, tidak ber­­baring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk ber­sem­bahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak men­cukupi; 2. (telah) diadakan atau di­tubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas ber­­dasarkan, berasaskan, (ber­gantung, bersan­dar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (ber­mula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; mendirikan 1. menjadikan berdiri, me­negakkan: tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina (rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin; terdiri 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, ter­jalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pe­muda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; dirian (Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan; pendirian 1. pegangan (bkn fahaman, pen­dapat, dll) utk menimbang atau menilai se­suatu: menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pem­bangunan: ~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal: Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. ark bangunan, binaan; 6. ark lembaga, per­badanan, pertubuhan; berpendirian mempunyai pendirian, ber­pegang teguh (pd sesuatu pendapat, fahaman, dsb): saya masih ~ bahawa Karl Marx telah membuat suatu ramalan yg meleset; pendiri 1. = sependiri sepanjang (setinggi) orang berdiri; 2. penaja sesuatu perkumpulan (perbadanan dll); 3. orang yg mendirikan atau mengasaskan sesuatu: semua ahli teori ini ialah ~ teori sastera Barat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas