dirus | dirus; mendirus menyiram: tiap-tiap petang kalau tidak hujan, Busu ~ pokok bunganya; mendiruskan menyiramkan: maka diambil oleh Raja air mawar tujuh buyung, maka disiramkan serta didiruskan pd tubuh laksamana; pendirusan 1. perihal atau perbuatan mendirus, penyiraman; 2. tempat atau bilik mandi; diris, jirus I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dirus | ; mendirus mencucurkan air dll pd; menyiram; mengairi; menjirus: Dia selalu ~ pokok-pokok bunganya, itulah sebabnya maka pokok itu segar. mendiruskan mencucurkan (air dll); menyiramkan; menjiruskan: Ibu itu sedang ~ air ke tubuh anaknya. pendirusan perihal (perbuatan dll) mendirus atau mendiruskan; penyiraman; penjirusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Dirus | mendirus mencucurkan air dll pd; menyiram; mengairi; menjirus:Dia selalu ~ pokok-pokok bunganya, itulah sebabnya maka pokok itu segar. mendiruskan mencucurkan (air dll); menyiramkan; menjiruskan: Ibu itu sedang ~ air ke tubuh anaknya. pendirusan perihal (perbuatan dll) mendirus atau mendiruskan; penyiraman; penjirusan. | Kamus Pelajar |
pendiris hati | ark penyejuk hati; dirus, jirus I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendiris | ; ~ hati ark penyejuk hati; dirus, jirus I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendirusan | 1. perihal atau perbuatan mendirus, penyiraman; 2. tempat atau bilik mandi; diris, jirus I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyiram | 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diris | ; mendiris menyiram, mengairi; pendiris; ~ hati ark penyejuk hati; dirus, jirus I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siram | ; bersiram bd mandi: silakan tuanku dua laki isteri berangkat ~; menyiram 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih); menyirami menyiram pd: Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dgn air; menyiramkan 1. menyiram dgn, menjiruskan, mencurahkan: maka kedua-duanya terkejut spt orang mengantuk disiramkan air; 2. sl, bd memandikan: maka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda, dilimau dan dibedak; persiraman sl tempat mandi, permandian; penyiraman perbuatan menyiram (menyiramkan); penyiram 1. orang yg menyiram: tugas utamanya hanya sbg ~ pokok bunga setiap pagi; 2. alat yg digunakan utk menyiramkan air dsb: dia menyiram sayur-sayuran dgn menggunakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |