disket | /diskét/ alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti kecil; cakera liut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
disket | (diskét) kepingan magnetik drpd plastik yg digunakan utk merakamkan data dsb dgn komputer, cakera liut: difahamkan lebih 3000 ~ mengandungi maklumat perikanan negara yg dikumpulkan sejak tiga tahun lalu musnah dlm kebakaran itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
disket(diskette) | Lihat cakera liut. | Kamus Komputer |
talam disket(diskette tray) | Bekas berbentuk talam untuk menyimpan atau memegang cakera komputer. | Kamus Komputer |
penyimpan disket(diskette container) | Bekas yang digunakan untuk menyimpan atau memegang cakera komputer. | Kamus Komputer |
data sandar | salinan pendua bagi maklumat dlm komputer, yg disimpan dlm disket, cakera dsb utk tujuan keselamatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
data sandar | (Komp) salinan pendua maklumat dlm komputer, yg disimpan dlm disket, cakera dsb utk tujuan keselamatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemacu | 1 perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: Jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dlmnya. 2 faktor, unsur dsb yg memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb: Hasrat kerajaan adalah utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara. ~ cakera bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cakera liut | ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cakera liut | (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; | Kamus Dewan Edisi Keempat |