Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanam

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Betung ditanam aur tumbuh.

Bermaksud :

Mengharap untung, kiranya mendapat rugi.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanamantumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tanaman selinganist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ditanam pucukMn didirikan penghulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
anggur IIIkeratan cabang atau batang utk ditanam di tempat lain; menganggur 1. mengalih, menganjak (ta­nam­an dll); 2. mengerat cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu, dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh diubah lagi; angguran anggur, keratan cabang utk ditanam.Kamus Dewan Edisi Keempat
tapak I5 tempat pokok ditanam dsb: ~ kekal tempat yg kekal bagi sesuatu pokok yg ditanam (tidak dialih-alih).Kamus Pelajar
anggur IIIkeratan batang atau cabang pokok utk ditanam. menganggur 1 menanam keratan batang atau cabang. 2 mengerat batang atau cabang utk ditanam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bonsai1 seni menanam tumbuhan perdu yg kerdil (ditanam dlm pasu, dgn dahan dipangkas rapi dan pembajaannya terkawal). 2 pokok yg dikerdilkan sbg hiasan (ditanam dlm pasu, dgn dahan dipangkas rapi dan pembajaannya terkawal). membonsaikan menjadikan sbg bonsai: Pokok-pokok itu akan dibonsaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
anggur IIIkeratan batang atau cabang pokok utk ditanam. menganggur 1. menanam keratan batang atau cabang. 2. mengerat batang atau cabang utk ditanam.Kamus Pelajar
benih1 biji atau buah yg kecil-kecil, spt padi, yg akan disemai atau ditanam: Dipilihnya buah padi yg bernas dan baik utk dijadikan ~. 2 kecambah drpd biji-biji yg akan ditanam: Apabila sudah berumur empat puluh hari, ~ itu pun dipindahkan ke sawah. 3 sesuatu yg akan tumbuh atau yg akan menjadi: Utk menjauhkan penyakit cacar, ~ cacar hendaklah disuntikkan ke tubuh kita. 4 turunan; baka: ~ lembu itu berasal dr Benggala. berbenih mempunyai benih. membenih ki mula wujud, timbul dsb sesuatu perasaan atau keadaan: Disebabkan selalu belajar bersama, rasa sayang ~ antara mereka. membenihkan menyebabkan timbul atau wujud sesuatu perasaan, hasil dsb: mewujudkan; menghasilkan: Tindakan tsb akan ~ rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan. Usaha gigih mereka kini ~ hasil. pembenihan perbuatan atau usaha menanam benih; penyemaian: ~ awan telah dijalankan utk menghasilkan hujan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tanam; bertanam membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, ber­kebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. menanam 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). tanam-menanam perbuatan atau hal bercucuk tanam. menanami menanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. tanaman tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman. penanaman perbuatan atau hal menanam. penanam orang yg menanam: ~ padi orang yg kerjanya bertanam padi; pesawah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas