mabrur | diterima Allah (bkn ibadat): haji ~ haji yg diterima Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mardud | tidak diterima atau ditolak Allah (bkn ibadat): haji ~ haji yg tidak diterima Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sahih | pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima): rasa-rasa tu kenal juga, tapi tak ~; diterima sbg bukti yg ~; mensahihkan mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan; kesahihan perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka; ketidaksahihan perihal atau keadaan tidak sahih; pensahihan perihal mensahihkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syor | apa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dpt diterima. mengesyorkan mengemukakan seĀsuatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semakan gema(echo check) | Kaedah menyemak kejituan penghantaran dengan menghantar semula data yang telah diterima kepada sumber penghantaran. Ini membolehkan penghantar membandingkan data yang diterima balik dengan data asal yang telah dihantar. | Kamus Komputer |
bil | surat keterangan ttg harga barang atau perkhidmatan yg diterima. mengebil menghantar (menyediakan, mengeluarkan) bil kpd atau utk seseorang: Pihak syarikat akan ~ anda kemudian. mengebilkan memasukkan harga barang atau perkhidmatan yg diterima ke dlm bil: Kos bagi perkhidmatan yg diberikan itu dibilkan kpd bendahari. pengebilan perbuatan (proses dsb) mengebil atau mengebilkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usul II | pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makbul | 1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil: semua per-mintaannya sudah pun ~; 2. mustajab (ubat, jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada ~; memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres; termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata dua | pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntutĀan (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
logik | 1. sains yg berkaitan dgn prinsip yg membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir (atau kaedah berfikir), ilmu mantik; 2. dapat diterima oleh akal, masuk di akal, munasabah: kanak-kanak itu dilatih berfikir secara teratur dan ~; pendapatnya itu ~; kelogikan perihal, keadaan logik (diterima akal); ketidaklogikan perihal (keadaan, sifat, dsb) yg tidak logik; pelogik yg menjadikan sesuatu logik (diterima akal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |