kemalangan | 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malang | tidak bernasib baik; ditimpa kecelakaan dll; sial: Jika baginda berjumpa dgn fakir miskin atau orang-orang yg ~, disuruhnya orang itu datang ke istananya. kemalangan 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ditimpa daulat | kena tulah (raja); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranap | I 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk penebal prb pencarian tambahan selain gaji (tetap); meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia; keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena | 1 bersentuh dgn; berlanggar dgn; terhantuk pd: Kapal itu tenggelam ~ batu karang. 2 tidak menyimpang dr sasarannya (bkn tembakan dll): Tembakannya tidak ~ pd sasarannya. 3 menderita sesuatu; ditimpa sesuatu (penyakit dll): Sudah sebulan ia ~ penyakit itu. ~ hujan ditimpa hujan; ~ sampuk diganggu atau disakiti oleh hantu, syaitan dsb. 4 tidak dikecualikan drpd mematuhi peraturan; tidak bebas drpd bayaran dll: Semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu. 5 menanggung sesuatu perbuatan: ~ tahan ditahan; ~ tipu tertipu. 6 terpaksa membuat sesuatu: Dia merungut kerana tiap-tiap hari ~ mencari kayu api. 7 cocok atau sesuai (dgn jiwa, tempat dll); sepadan (antara dua benda); berpadanan; berpatutan (bkn harga): Dia menjadi berang kalau ada sesuatu yg tidak ~ di hatinya. Pakaian yg sopan itu ~ pd tempatnya. berkenaan, = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. mengena 1 kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya): Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2 memberi hasil; mendapat hasil: Jeratnya ~. Pancingnya ~. kena-mengena 1 (ada) sangkut pautnya; (ada) hubungannya atau (ada) kaitannya: Saya tidak ada ~ dgn perkara itu. 2 bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat: Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya. mengenai 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. mengenakan 1 memakai (pakaian dll); menyarungkan (cincin dll): Dialah yg ~ pakaian pd pengantin itu. 2 mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikut sesuatu (peraturan dll); membebani seseorang dgn sesuatu: Kerajaan ~ cukai pd barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negara kita ini. 3 = mengena-ngenakan menipu; memperdaya: Mereka sengaja hendak ~ orang tua itu. terkena 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkutuk | ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau keputusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertimpa | ditimpa oleh; tertanggung atau terkena sesuatu yg kurang baik (spt penyakit, hukuman dll). | Kamus Pelajar |
tertimpa | ditimpa oleh; tertanggung atau terkena sesuatu yg kurang baik (spt penyakit, hukuman). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dimakan sumpah | ditimpa bencana kerana tidak mematuhi sumpah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkutuk | 1 ditimpa laknat; kena kutuk; dikutuk. 2 sangat keji: perbuatan yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |