luwes | tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan (dgn keadaan dll), dapat diubahsuai; keluwesan perihal (sifat dsb) luwes. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subrutin dinamik(dynamic subroutine) | Subrutin atau atur cara yang dijana atau yang diubahsuai oleh komputer mengikut keperluan pemprosesan semasa. | Kamus Komputer |
sistem tanpa penghujung(open-ended system) | Sistem yang direka bentuk supaya boleh ditambah atau diubahsuai oleh pengguna. | Kamus Komputer |
sel aktif(active cell) | Sel dalam helaian elektronik yang terpilih. Kandungan sel ini boleh diolah atau diubahsuai oleh pengguna ketika sel aktif. | Kamus Komputer |
palang jenis tetap(fixed type bar) | Peranti yang memegang turus fon aksara tetap yang tidak boleh diubahsuai untuk sesuatu pencetak. | Kamus Komputer |
pelanggan(customer) | 1. Individu atau organisasi yang menentukan keperluan dan penerimaan perkhidmatan, sistem perisian, atau sistem perkakasan komputer yang baru atau yang diubahsuai bersama dengan dokumentasinya. 2. Individu atau organisasi yang membiayai kos projek atau sistem yang ingin dilaksanakan. | Kamus Komputer |
bit kotor(dirty bit) | Bit taraf yang terdapat dalam ruas atau halaman ingatan untuk menunjukkan sama ada ruas atau halaman tersebut telah digunakan atau diubahsuai oleh suatu proses. Bit taraf ini menjadi kotor atau terset apabila ruas atau halaman ingatan berkenaan menjadi kotor kerana penulisan data padanya. | Kamus Komputer |
penempatan semula dinamik(dynamic relocation) | Pemindahan keseluruhan atau sebahagian daripada atur cara aktif dari satu kedudukan dalam ingatan ke satu kedudukan lain. Dalam pemindahan ini, semua alamat yang dirujuk oleh atur cara diubahsuai supaya dapat berjalan dengan betul di kedudukan baru itu. | Kamus Komputer |