dokumentari | /dokuméntari/ tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan maklumat atau fakta ttg sesuatu perkara, peristiwa dsb: filem ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dokumentari | tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dll): filem ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
filem dokumentari | filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
filem dokumentari | filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dokumentar | (dokuméntar) IB dokumentari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
filem dokumentasi | Id filem dokumentari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suara latar | a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
filem | 1 benda tipis yg dibuat drpd seluloid dan dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar ttg sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dlm bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha utk ~ kisah itu. perfileman segala hal ttg filem: masalah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dokumentasi | himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dll), perbahanan: H.B. Jassin mempunyai ~ sastera Indonesia yg lengkap; filem ~ Id filem dokumentari; mendokumentasikan mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan dokumentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pengumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dsb) mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suara | 1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring. 2 bunyi yg dikeluarkan oleh binatang atau oleh alat perkakas (spt radio, televisyen): Kedengaran ~ murai berkicau. 3 keinginan (pendapat, pernyataan bersetuju atau tidak) yg dikemukakan dlm mesyuarat dll: Dlm mesyuarat itu, ~ saya tidak dipedulikan sama sekali. Dia telah menang dgn mendapat ~ terbanyak. ~ latar a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. bersuara mengeluarkan suara; bercakap. menyuarakan mengatakan atau mengucapkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |