tip domain(domain tip) | Peranti storan yang menggunakan filem nipis untuk mewujudkan satu domain magnet yang boleh digunakan untuk menyimpan data. | Kamus Komputer |
pengetahuan domain(domain knowledge) | Maklumat yang diketahui berkenaan bidang tertentu bagi sesuatu penggunaan. | Kamus Komputer |
pakar domain(domain expert) | Orang yang mempunyai pengetahuan mendalam atau pengalaman luas dalam bidang tertentu. | Kamus Komputer |
domain pengetahuan(knowledge domain) | Kawasan liputan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan. | Kamus Komputer |
domain | 1 kawasan yg dimiliki atau dikuasai oleh seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan: Mereka tidak akan keluar dr ~ itu. 2 kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
domain | 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tumpuan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domain | 1. Kumpulan medan bagi fail dalam model sistem pengurusan pangkalan data. 2. Ruang liputan suatu bidang ilmu pengetahuan. 3. Kawasan liputan bagi masalah yang hendak diselesaikan. | Kamus Komputer |
ranah I | 1. tanah datar, dataran rendah, lembah; 2. kawasan yg berpaya-paya; 3. ruang lingkup, lingkungan bidang atau lapangan sesuatu (aktiviti, ilmu pengetahuan dsb), domain: dialek Melayu sesuai digunakan dlm ~ tak formal; perlu diperkuat dasar dan strategi pembangunan negara yg berteraskan bahasa Kebangsaan dlm semua ~ kehidupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |