menepati | 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti ditepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tawar I | 1 tidak ada rasa (bkn makanan, minuman dsb); tidak cukup manis, masin dsb; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bkn air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bkn ubat dsb); sudah hilang kekuatannya (bkn bisa atau racun): Semua jampinya ~ belaka. ~ hati tidak ada kemahuan; tidak bersemangat. ~-mawar (hambar) tawar sekali; sangat tawar. menawar 1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya. menawarkan menyebabkan menjadi tawar. ~ hati menyebabkan tawar hati. penawaran perihal, perbuatan dsb menawar atau menawarkan. penawar 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menakai | mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kumpulan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, diasingkan dsb sbg langkah mencegah merebaknya penyakit dsb: Tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr masa ke masa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takai | ; menakai mengenal pasti dan memilih binatang dlm sesuatu kumpulan yg berpenyakit, lemah dsb utk dibunuh, diasingkan dsb sbg langkah mencegah merebaknya penyakit dsb: Tindakan ~ kambing yg kurang baik seharusnya dijalankan dr masa ke masa. penakaian perihal atau perbuatan menakai: ~ dijalankan berdasarkan maklumat atau hasil pemerhatian yg dilakukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuding | ; menuding 1 menunjuk dgn hujung jari telunjuk (dgn tongkat dsb): Dia ~ ke arah tempat kemalangan itu. 2 menuduh dsb. menudingkan mengarahkan (jari dsb ke): Dia ~ ibu jarinya utk menunjuk sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesiar | ; kapal (bot dsb) ~ kapal, bot dsb utk bersuka-suka (bertemasya) di laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menawar | 1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegang | 1 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan dsb); sering; cekang: Wayar telefon kelihatan kendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. 2 keras dan liat (bkn urat, otot dsb): Kita hendaklah selalu bersenam supaya segala urat dan otot menjadi ~. 3 ki tidak erat atau tidak karib (bkn persahabatan dsb); genting: Perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. bertegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah; berdegil. menegang menjadi tegang. menegangkan 1 menarik tali dsb supaya tegang; meregangkan. 2 ki menjadikan tidak erat; menjadikan genting; meruncingkan (persahabatan dsb). mempertegang menjadikan lebih tegang (tali persahabatan dsb). tegangan 1 ist daya gerak elektrik atau voltan: wayar ~ tinggi. 2 sesuatu yg tegang. ketegangan keadaan atau hal tegang. penegangan perbuatan, perihal dsb menegang atau menegangkan. penegang alat, bahan dsb yg menegangkan: ~ kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peninggian | perbuatan atau hal meninggikan; peningkatan (mutu dsb); penambahan (pendapatan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sembah | mengunjukkan (memberikan dsb) sesuatu dgn hormat: Bentara telah ~ surat tsb kpd baginda. mempersembahkan 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. persembahan 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. penyembahan perbuatan atau hal menyembah. penyembah orang yg menyembah; pemuja: ~ batu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |