Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Dua kali dua empat.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dua-duadua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~.Kamus Pelajar
berdua-duatiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~.Kamus Pelajar
kedua-duakelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya.Kamus Pelajar
dua(jumlah) satu dicampur satu; bilangan di antara satu dgn tiga; 2: ~ belas 12; ~ puluh 20; ~ ratus 200. ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia. ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat. haiwan ~ alam haiwan yg dpt hidup di air dan juga di darat (spt katak dsb). dua-dua dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. berdua bersama-sama dua orang; bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. berdua-dua tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. berdua-duaan berdua saja (tidak ada orang lain); cuma berdua: Tidak manis dipandang orang jika seorang gadis duduk ~ dgn seorang teruna. menduakan menjadikan dua; menganggap dua; menyimpan dua. ~ isteri beristeri dua. ~ suami berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). ~ Tuhan menganggap Tuhan itu ada sekutu-Nya. kedua (bilangan, peringkat dll) yg nombor dua: Tempat yg ~ dimenangi oleh Jamaluddin. kedua-dua kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. kedua-duanya dua kesemuanya; dua-duanya: ~ pun pergilah dr situ. perdua 1. dibahagikan dgn dua: satu ~ setengah ( ½ ). 2. perkongsian (tanah, hasil tanaman dll). seperdua satu dibahagikan dgn dua; setengah; separuh: ~ drpd harta itu diberikan kpd isterinya. berperdua berkongsi dua; berbahagi dua:Kerbau betina itu dibela secara ~ dgn jirannya. memperdua 1. mengusahakan sawah (ternak dll) dan hasilnya dibahagi dua. 2. membahagi dua (hasil, untung dll). memperdua menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn membahagi dua hasilnya. pendua sesuatu (alat, senjata dll) yg digunakan apabila perlu: Nah! Ambillah keris ini utk jadi ~ tuan hamba.Kamus Pelajar
berpasang-pasangandlm kumpulan dua-dua; terdapat pasangan-pasangannya: Mereka berbaris ~.Kamus Pelajar
menduakanmenjadikan dua; menganggap dua; menyimpan dua. ~ isteri beristeri dua. ~ suami berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). ~ Tuhan menganggap Tuhan itu ada sekutu-Nya.Kamus Pelajar
dwidua (dlm kata majmuk). kamus ~bahasa kamus dua bahasa. ~guna (mempunyai) dua kegunaan atau dua faedah. ~mingguan terbit (muncul, berlaku dll) sekali dlm tiap-tiap dua minggu: majalah ~ mingguan. ~pihak dua pihak.Kamus Pelajar
antara1. jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2. di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3. masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4. di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tetapi masih menganggur. berantara 1. ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2. tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1. memisahkan dua benda dsb: Banjaran gunung Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2. menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah.Kamus Pelajar
Rangkap1 lipat dua (tiga dan seterusnya); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy dll) yg melambangkan satu bunyi. 2 Beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun.Kamus Pelajar
pasang I1 dua orang yg terdiri drpd seorang lelaki dan seorang perempuan; dua ekor binatang yg terdiri drpd seekor jantan dan seekor betina; jodoh; kelamin: se~ anak ayam. 2 dua benda yg satu menjadi pelengkap kpd yg lain dan sebaliknya: Ada dua ~ kasut pd saya. 3 beberapa benda yg semuanya dikira satu; selengkap; set: se~ baju Melayu. berpasang-pasang 1 berdua-dua; sepasang-sepasang: Kemudian mereka pun menari ~. 2 beberapa pasang: ~ kasut. memasangkan menjadikan sepasang (dgn); menjodohkan: Dia bersetuju jika anaknya dipasangkan dgn gadis itu. pasangan sesuatu yg menjadi regu atau jodoh kpd sesuatu yg lain; satu drpd dua yg berpasang-pasang: Stoking ini mana ~nya? berpasangan 1 ada pasangannya; berdua: Dia pergi seorang diri, tidak ~. 2 merupakan pasangan kpd: Dia ~ dgn saya ketika pergi ke majlis itu. berpasang-pasangan dlm kumpulan dua-dua; terdapat pasangan-pasangannya: Mereka berbaris ~.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas