dua | (jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah syahadat; ~ puluh (jumlah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang; dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja; berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; berdua-dua ® dua-dua; berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar; mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, perbuatan, dll): bunyi gendang itu hanya segelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); menduai menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah); menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melakukan spt) ada yg berkuasa selain Allah; menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan; menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah; perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll); berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung; memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu; memperduakan 1. = menduakan; 2. menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawahkan; kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-duanya, keduanya dua-dua(nya): kedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam; penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
per I | dibahagi dgn (dlm kata majmuk yg menunjukkan angka pecahan); satu ~ tiga satu dibahagi tiga (1/3 ); tiga ~ empat tiga dibahagi empat (3/4); seperdua satu dibahagi dua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangkut paut | 1 perhubungan atau pertalian antara dua tiga perkara. 2 hubungan dr segi kekeluargaan. bersangkut paut 1 mempunyai pertalian antara satu dgn yg lain; ada sangkut pautnya. 2 mempunyai hubungan dr segi kekeluargaan; bersaudara (dgn). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ruang | 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ pengetahuan utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahupun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (perahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di lingkungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii; ~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yg diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg menunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; merajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita; beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerat I | 1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabisan jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilangannya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban; berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (persaudaraan); mengerat memotong, memenggal, memancung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang; terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, penggalan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari | 1. masa dr matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pd paksinya, 24 jam): ada tujuh ~ dlm seminggu; ~ Ahad (minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu; 2. = siang ~ masa dr matahari terbit hingga matahari terbenam: dua ~ dua malam; hari ini kami bekerja setengah ~; tengah ~ waktu ketika matahari sangat tinggi; 3. bahagian dr masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi; malam ~ bahagian sebelah malam; pagi ~ bahagian sebelah pagi; petang ~ bahagian sebelah petang; 4. keadaan (alam, cuaca, udara, dll): kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; apabila aku balik dr hutan, ~ pun sudah malam; 5. masa kerja dlm satu hari: dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; gaji ~ gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; 6. masa yg lalu atau yg akan datang: dia telah membeli sebuah rumah utk ~ tuanya; belakang (kemudian) ~ masa yg akan datang; tempoh ~ dahulu; ~ acara Id ark hari diadakan pemeriksaan perkara; ~ akhirat = ~ kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yg ada sekarang ini; ~ Asyura hari yg kesepuluh bulan Muharam; ~ baik bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, perayaan Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dsb); ~ bapa hari (pd Ahad ketiga dlm bulan Jun) utk mengenang atau memperingati jasa bapa; ~ batal ark = ~ jatuh Id waktu yg ditentukan sbg had yg terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dll; ~ besar hari yg dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting; ~ bulan tanggal, tarikh; ~ Buruh hari cuti am sbg penghormatan kpd kaum buruh; ~ depan (nanti) masa yg akan datang; ~ gaji hari para pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; ~ guru hari (pd 16 Mei) yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru; ~ ibu hari (pd Ahad kedua dlm bulan Mei) utk mengenang atau memperingati jasa ibu; ~ ibu bapa hari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput); ~ jadi = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang; ~ Jumaat Besar Id hari kematian Jesus; ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; ~ Kebangsaan hari (yg tertentu tarikhnya) yg dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sbg memperingati kemerdekaan dsb; ~ kelepasan = ~ libur hari cuti, hari rehat; H~ (Memperingati) Kekasih hari (pd 14 Februari) yg diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg juga dikenali sbg Valentine’s Day; ~ Kemerdekaan = ~ Merdeka hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; ~ keputeraan hari lahir (nabi, raja); ~ kerja hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); ~ lebaran Id Hari Raya; ~ mahsyar = ~ hisab hari diperhitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat; ~ matahari hari yg panjangnya ditentukan oleh matahari; ~ muka hari depan; ~ Natal hari jadi Jesus; ~ Pahlawan hari memperingati pahlawan yg terkorban; ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia; ~ penamaan (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk menamakan calon pilihan raya; ~ perniagaan hari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan; H~ Raya a) = H~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari yg dirayakan sesudah puasa (pd 1 Syawal); b) = H~ Raya Haji (Korban) = H~ Raya Aidiladha hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); ~ sekolah hari waktu bersekolah; ~ syak hari yg mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam); ~ tasyrik hari yg disunatkan menyembelih korban (11, 12 dan 13 Zulhijah); ~ tua masa seseorang sudah tua; ~ ulang tahun hari yg bertepatan dgn hari bulan dan bulan seseorang dilahirkan, atau sesuatu (perkahwin- an, penubuhan organisasi dsb) berlaku: ~ ulang tahunnya adalah pd 1 Januari; pasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkahwinannya yg ke-50; ~ wuquf hari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah); ~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (petang) dikejar-kejar prb membiarkan peluang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar; ada ~ ada nasi prb selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup; ia sepanjang ~ janji sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya; sehari satu hari; ~ dua satu atau dua hari, beberapa hari; ~ suntuk sepanjang hari; ~ tumbas Kl sehari suntuk; raja ~ pengantin (pd hari perkahwinan);seharian sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; sehari-harian seharian: dia merasa tersangat letih selepas bekerja ~; berhari; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya merayakan Hari Raya dll; berhari-hari beberapa hari: kadang-kadang dia pergi ~ lamanya; berhari-harian beberapa hari penuh: buruh yg mogok berpiket ~; harian 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; perharian hal mengira bilangan hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dayung | 1. sj alat yg berdaun pd hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya); ~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung berbagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian pertengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai; berdayung 1. berperahu (berkapal, bersampan, dll) dgn menggunakan dayung, menggerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal; pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kali I | 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (kejadian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), berserta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarabkan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, pergandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roda | benda yg bulat (biasanya berjari-jari): ~ basikal; ~ kereta lembu; ~ angin = ~ dua Id basikal; ~ (ber)gigi roda yg bergerigi; ~ canai roda utk mencanai (mengasah) sesuatu; ~ gendeng Id, bp roda yg menggerakkan mesin; ~ kapal baling-baling kapal; ~ pandu roda (alat) utk memandu (kereta dll); ~ penghidupan pertukaran keadaan (nasib dll) dlm kehidupan; ~ tangan roda yg digerakkan dgn tangan; ~ tiga a) basikal beroda tiga; b) beca; untung sbg ~ pedati prb nasib manusia berubah-ubah (yg miskin menjadi kaya, yg kaya menjadi miskin); beroda memakai roda, ada rodanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikatan | 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; | Kamus Dewan Edisi Keempat |