gundah-gulana | duka dan lesu, duka lara; menggundah-gulanakan menjadikan gundah-gulana, mendukalarakan: dia tidak mahu lagi ~ hati orang tua itu; kegundah-gulanaan keadaan atau sifat gundah-gulana, kedukalaraan: ini merupakan gambaran betapa ~ orang Melayu yg melihat kuasa asing sbg penceroboh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duka | (perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duka nestapa | susah hati (kerana ditimpa kemalangan dll); dukacita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duka nestapa | sedih hati, susah hati, dukacita: air mata Arthur menitis dan aku tenggelam dlm ~ memikirkan nasib kawan-kawan di dasar laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duka nestapa | susah (sedih) hati yg amat sangat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duka lara | = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duka | perasaan susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~ nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. | Kamus Pelajar |
bersilih | 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi: Suka ~ dgn duka. 2 = ~ ganti berturut-turut bertukar dgn yg lain; bergilir-gilir: Susah dan senang, suka dan duka datang ~ ganti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duka | (perasaan hati yg) susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat; berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya; berdukakan sl berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka: mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yg sedang gering; mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, mendukacitakan: sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya; kedukaan 1. perihal (sesuatu) yg mendukakan, kesedihan, kesusahan hati, kedukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silih | , = ~ ganti (berganti, sambut) sering berganti atau sering bertukar; berganti-ganti. bersilih 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi: Suka ~ dgn duka. 2 = ~ ganti berturut-turut bertukar dgn yg lain; bergilir-gilir: Susah dan senang, suka dan duka datang ~ ganti. menyilih memberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |