dupa | kemenyan (setanggi dsb) yg harum baunya apabila dibakar; mendupai membakar dupa; pedupaan, pendupaan, perdupaan tempat membakar (menyimpan) dupa: kemudian Sutan Balun pun meminta ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dupa | kemenyan (setanggi) yg harum baunya apabila dibakar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dupa | kemenyan (setanggi) yg harum baunya apabila dibakar. | Kamus Pelajar |
ukup | , = ukupan barang-barang wangi (spt setanggi, dupa) yg dibakar utk mengasapi pakaian supaya harum baunya. berukup (sedang) mengasapi diri dgn membakar setanggi dsb. mengukup membakar kemenyan (setanggi dll). mengukupi mengasapi pakaian dll dgn asap setanggi (dupa dll). ukupan 1 barang-barang yg wangi (spt kemenyan, dupa) utk berukup atau utk mengukupi sesuatu. 2 hasil mengukup; yg diukup. perukupan bekas tempat membakar ukup. pengukupan perbuatan, hal dsb mengukup atau mengukupi. pengukup orang yg mengukup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rabun I | asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, mengubati orang sakit, dll); merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll); merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemenyan | dupa atau getah dr beberapa jenis pokok (berbau harum apabila dibakar): ~ arab; ~ hantu; ~ hitam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemenyan | dupa atau getah dr beberapa jenis pokok (berbau harum apabila dibakar):~ Arab; ~ hantu; ~ hitam. | Kamus Pelajar |
kemenyan I | dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila dibakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin; apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendupai | membakar dupa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loban I | kemenyan, dupa; ~ jawi sj kemenyan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |