edar | /édar/; beredar 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
edar | (édar); beredar, mengedar ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling | Kamus Dewan Edisi Keempat |
edar | /édar/; beredar 1. berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2. berpindah-pindah drpd seorang ke seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3. berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4. berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1. (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2. berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3. mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1. menyampaikan surat dll drpd seorang ke seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2. mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1. perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2. sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1. hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2. perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3. perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4. perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1. alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2. orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. | Kamus Pelajar |
cakera suria | sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cakera | 1 roda: ~ putar. 2 besi pipih bulat yg dilemparkan dlm sj pertandingan sukan: lempar ~. 3 senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya. 4 ist alat yg digunakan sbg tempat menyimpan data dan atur cara komputer. ~ keras ist alat yg dibuat drpd bahan tegap yg dpt menyimpan data komputer yg banyak. ~ liut ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. ~ luaran ist unit cakera yg berada di luar unit sistem komputer. ~ optik ist alat yg menggunakan teknologi laser utk merakamkan data komputer pd cakera. ~ padat alat berbentuk bulat, leper dan nipis yg mempunyai ketumpatan perakaman data komputer yg tinggi. ~ suria sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |