ortografi | 1. (sistem) ejaan; 2. ejaan yg betul atau standard. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ejaan | cara atau peraturan menulis perkataan dgn huruf: ~ perkataan ‘saya’ ialah ‘s-a-y-a’. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ejaan | kaedah atau cara menulis perkataan dgn huruf: penyelarasan ~ khususnya tertumpu pd kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ejaan | cara atau peraturan menulis perkataan dgn huruf: ~ perkataan `saya’ ialah `s-a-y-a’. | Kamus Pelajar |
penyederhanaan | perbuatan menyederhana-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyempurnaan | perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haplografi | (Lin) pelenyapan satu huruf atau satu suku kata serupa yg berturutan dlm tulisan sesuatu perkataan, mis dua huruf s dlm ejaan Inggeris assimilation hanya tinggal satu apabila diserapkan kpd ejaan asimilasi dlm bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepelan | ejaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasmi | disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, penentuan, penetapan, pengangkatan, pengumuman, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baku I | 1. Jw bkn sesuatu yg pokok, yg dasar, yg benar; makanan ~ makanan utama; harga ~ harga pokok; 2. bkn sesuatu yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu;membakukan menjadikan baku (standard), menstandardkan: usaha-usaha ~ ejaan Rumi bahasa Melayu; ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu;kebakuan sifat atau keadaan baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): pertandingan pidato itu juga menitikberatkan ~ bahasa dr segi sebutan dan tatabahasa;pembakuan usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan): kecekapan sistem ini dapat mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa; ~ ejaan dan sebutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |