elektronik | (éléktronik) 1. bkn elektron; 2. bkn (penggunaan) alat yg dibina (dijalankan) dgn kaedah (prinsip) teknologi elektron: barang-barang ~; 3. cabang fizik dan teknologi yg berkaitan dgn gerak laku, pembangunan, aplikasi dsb litar dan peranti elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elektronik | /éléktronik/ ist 1 cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn elektron. 2 dijalankan atau dilaksanakan dgn elektron. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
elektronik | /éléktronik/ ist 1. cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn elektron. 2. dijalankan atau dilaksanakan dgn elektron. | Kamus Pelajar |
papan litar(circuit board) | Papan penebat nipis yang digunakan untuk memegang litar elektronik dengan menyambungkan komponen elektronik melalui jejak yang disadur dengan pateri. | Kamus Komputer |
mel | /mél/ surat, bungkusan, dsb yg dihantar melalui pejabat pos. ~ elektronik maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain; e-mel. ~ suara sistem elektronik utk menghantar dan menyimpan mesej telefon yg dpt didengar oleh penerimanya pd bila-bila masa yg sesuai kemudiannya. ~ udara a. sistem penghantaran surat, bungkusan dsb dgn kapal terbang. b. surat, bungkusan dsb yg dihantar dgn kapal terbang. kapal (kereta api) ~ kapal (kereta api) yg membawa surat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
surat elektronik(electronic mail) | Lihat mel elektronik. | Kamus Komputer |
mel elektronik | maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain; e-mel. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bunyi elektronik(electronic sound) | 1. Bunyi yang dijanakan secara elektronik. 2. Bunyi yang dijanakan oleh pensintesis suara yang mirip suara manusia, tetapi lebih kasar. | Kamus Komputer |
suara elektronik(electronic voice) | Suara janaan yang dikeluarkan melalui kaedah elektronik. | Kamus Komputer |
muzik elektronik(electronic music) | Muzik janaan yang dikeluarkan melalui kaedah elektronik. | Kamus Komputer |