empiris | (émpiris) IB berdasarkan (bergantung pd) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori: kaedah yg digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dgn pengumpulan data. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula empiris | (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula | 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |