empuan | wanita yg dihormati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
empuan | perempuan; datuk ~ panggilan kpd isteri datuk (orang besar); engku (tengku) ~ panggilan kpd permaisuri (isteri raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empuan | wanita yg dihormati. tengku ~ gelar utk permaisuri raja (di beberapa buah negeri). | Kamus Pelajar |
tengku empuan | gelar utk permaisuri raja (di beberapa buah negeri). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
datuk empuan | panggilan kpd isteri datuk (orang besar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
engku (tengku) empuan | panggilan kpd permaisuri (isteri raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puan II | 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penyakit yg khusus dihidapi orang perempuan terutama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empu | 1 gelar kehormatan yg bererti “tuan”. 2 orang yg ahli dlm sesuatu bidang (terutama ttg membuat keris). mengempu 1 memberi hormat kpd; menghormati. 2 mengasuh dan membimbing; mendidik. empuan wanita yg dihormati. tengku ~ gelar utk permaisuri raja (di beberapa buah negeri). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
empu | 1. gelar kehormatan yg bererti “tuan”. 2. orang yg ahli dlm sesuatu bidang (terutama ttg membuat keris). mengempu 1. memberi hormat kpd; menghormati. 2. mengasuh dan membimbing; mendidik. empuan wanita yg dihormati. tengku ~ gelar utk permaisuri raja (di beberapa buah negeri). | Kamus Pelajar |