Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.rat] | ارت

Definisi : 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg meng­eratkan: ~ hubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.rat] | ارت

Definisi : 1 tidak mudah lepas; tidak longgar (bkn ikatan atau pegangan); kuat-kuat: Anak itu memegang tangan ibunya dgn ~. 2 tetap, tidak berubah (bkn janji); rapat atau karib benar (bkn persahabatan, hubungan dll): Persahabatan mereka berdua itu sangat ~. mengeratkan 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. mempererat 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. keeratan keadaan erat; keteguhan; kerapatan; kekariban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat

Peribahasa

Menggenggam erat,
     membuhul mati.

Bermaksud :

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mencengkam1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas se­suatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencengkam1. memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2. menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3. ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi.Kamus Pelajar
jerut; menjerut mengikat (membelit dll) se­suatu erat-erat, mencerut; terjerut dlm keadaan diikat (dibelit dll) dgn sesuatu dgn erat: mayat itu ditemui di dlm bilik mandi dgn lehernya ~ dgn dawai elektrik; jerutan cerutan: bagaikan ikan belanak me­radak pukat yg cuba lari drpd ~ maut; kau tidak akan merasai apa-apa selain ~ yg lembut; penjerut alat utk menjerut (spt tali dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
melengketlekat, melekat erat-erat, melekap, merekat: tapak kakinya tebal dgn lumpur yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggomolmemeluk seseorang erat-erat (kerana hendak menggulingkannya dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berpaut1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjerutmengikat atau membelit erat-erat; mencerut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
diikatnya kuat-kuatdiikatnya erat­-erat;Kamus Dewan Edisi Keempat
jerut; menjerut mengikat atau membelit erat-erat; mencerut. menjerutkan menggunakan sesuatu utk menjerut; mencerutkan: Pak Ali ~ tali pd berkas kayu itu. penjerut alat utk menjerut (tali dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
memakemmakan sungguh-sungguh atau erat-erat (bkn brek kereta dll); pakam, pekam.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas