evolusi | /évolusi/ perkembangan atau pertumbuhan secara beransur-ansur dan perlahan-lahan. berevolusi berkembang secara beransur-ansur dan perlahan-lahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
evolusi | (évolusi) 1. perubahan secara beransur-ansur pd haiwan atau tumbuhan, drpd satu generasi kpd generasi lain; 2. perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pd bentuk yg lebih kompleks: sudah terbukti bahawa sesuatu masyarakat itu menerima perubahan, sama ada secara ~ atau revolusi; berevolusi berkembang secara beransur-ansur: bulu dikatakan berasal drpd struktur epidermis yg ~ drpd sisik reptilia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
evolusi | /évolusi/ perkembangan atau pertumbuhan secara beransur-ansur dan perlahan-lahan. | Kamus Pelajar |
ubah ansur | ark evolusi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemilihan alamiah | (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cenderung membiak dgn banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubah ansur | perubahan yg berlaku secara beransur-ansur; evolusi. berubah ansur berubah secara beransur-ansur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ubah ansur | perubahan yg berlaku secara beransur-ansur; evolusi. | Kamus Pelajar |
kosmogoni | kajian astrofizik (kombinasi ilmu kimia dan fizik bintang) tentang evolusi alam semesta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fitogenesis | (fitogénésis) cabang botani yg berkaitan dgn asal usul dan evolusi tumbuh-tumbuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubah | ubah ansur perubahan yg berlaku secara beransur-ansur; evolusi. | Kamus Pelajar |