Fahrenheit | (fahrenhait) skala suhu yg menunjukkan takat sejuk beku air pd 32°F dan takat didih 212°F. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula | 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
festival | (féstival)1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, pesta: F~ Filem Malaysia ke-11; 2. perayaan keagamaan (kebudayaan dsb) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu peristiwa dsb, pesta: F~ Kuih Bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
F | simbol kimia bagi fluorin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
F II | kep Fahrenheit (ukuran suhu): 80°~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
F I | huruf keenam abjad Rumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
f | huruf keenam abjad Rumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
f | Singkatan bagi frekuensi yang dinyatakan dalam unit Hertz. | Kamus Komputer |
punai bakau | Treron f. fulvicollis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Wisel /wisél/ | rÿÿÿÿÿÿˆ2222222F®®®®ì berwuduk membersihkan diri drpd hadas kecil dgn menggunakan air; mengambil wuduk; mengambil air sembahyang: <i>Kita hendaklah ~ dahulu sebelum melakukan ibada | Kamus Pelajar |