Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.ham] | فهم

Definisi : 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll); ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.ham] | فهم

Definisi : 1 tahu benar (akan sesuatu): Rahman tidak ~ akan ajaran gurunya itu. 2 = fahaman fikiran atau anggapan mengenai sesuatu; pendapat. berfahaman 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. memahami 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. memahamkan 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. kefahaman 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. pemahaman hal memahami atau memahamkan. sefahaman sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. bersefahaman bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. persefahaman hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faham

Puisi
 

Bapa hendak meniti dahan,
     Dahan patah tebing seberang;
Saja tak pandai harap faham,
     Jangan gelabah disuruh orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Bermaksud :

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kenegerianperihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
memerangi1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan;Kamus Dewan Edisi Keempat
selisih fahamberlainan faham; salah faham.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selisih~ faham berlainan faham; salah faham.Kamus Pelajar
selisihapa-apa yg menjadikan sesuatu berbeza drpd yg lain; beza: Umurnya dgn umur saya tidak jauh ~nya. ~ faham berlainan faham; salah faham. berselisih 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~. perselisihan perbezaan pendapat dll; perbalahan; pertikaian: Tidak berapa lama kemudian, berlakulah ~ antara orang Riau dgn orang Belanda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
faham tuafaham lama (lwn faham baru atau moden);Kamus Dewan Edisi Keempat
faham taakulfaham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
faham sosialisfaham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan);Kamus Dewan Edisi Keempat
faham kapitalisfaham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme;Kamus Dewan Edisi Keempat
faham sosialisMarx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas