fasa ambil(fetch phase) | Fasa dalam kitar pengendalian pemproses utama ketika suruhan diambil daripada kedudukan ingatan dan dimasukkan ke dalam daftar atur cara sebelum fasa pelaksanaan dilakukan. | Kamus Komputer |
fasa | peringkat perkembangan (bkn pembinaan, pertumbuhan, kemajuan dsb): Rumah-rumah dlm ~ pertama telah habis dijual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fasa | peringkat atau tahap dlm rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan, kegiatan, kemajuan, dll): projek tersebut dilaksanakan dlm dua ~, dan ~ pertama dimulakan pd tahun 1984. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasa reka bentuk(design phase) | Tempoh kitar hayat pembinaan sistem perisian atau perkakasan komputer ketika reka bentuk seni bina, komponen, antara muka, input, output, dan bentuk data dicipta, didokumenkan, dan dipastikan menepati spesifikasi. | Kamus Komputer |
fasa pengkompilan(compilation phase) | Tahap ketika penyusun atur cara menyusunkan atur cara sumber dalam bahasa aras tinggi menjadi bentuk bahasa mesin. | Kamus Komputer |
fasa | peringkat perkembangan (bkn pembinaan rumah dsb): Rumah-rumah dlm ~ pertama telah habis dijual. | Kamus Pelajar |
fasa objek(object phase) | Fasa selepas atur cara selesai disusun atau dihimpun menjadi bentuk kod objek. | Kamus Komputer |
fasa jalanan(run phase) | Fasa pengendalian komputer yang berada pada peringkat atur cara yang dijalankan selepas penyusunan atur cara selesai. | Kamus Komputer |
persukuan(quadrature) | Cara pengaitan fasa dua isyarat berkala yang sama tempohnya apabila perbezaan fasa antara kedua-dua isyarat ialah satu daripada tempoh satu kitar. | Kamus Komputer |
kitar pengendalian(operation cycle) | 1. Fasa yang digunakan oleh pemproses untuk mengerjakan suruhan atau pengendalian dan bukan untuk tugas penyelenggaraan atau persediaan peralatan. 2. Nama lain bagi fasa pelaksanaan kitar mesin mikropemproses. | Kamus Komputer |