firman | kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
firman | amaran, kata perintah (terutamanya Tuhan): ~ Allah kita ingatkan; berfirman bersabda, bertitah memberi amaran: Tuhan telah ~ “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.”; difirmankan diberi amaran, disabdakan, dititahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
firman | kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah). | Kamus Pelajar |
wahyu | firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya: Nabi Muhammad SAW menerima ~ utk mengembangkan agama Islam; mewahyukan menurunkan wahyu kpd, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dgn wahyu: wahyu disampaikan kpd Nabi oleh Jibril, dan segala apa yg diwahyukan kepadanya itu disampaikannya pula kpd sahabatsahabatnya; pewahyuan proses menyampaikan wahyu: ~ dan penyebaran al-Quran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kun fayakun | (firman Allah yg bererti) jadi, maka jadilah (seisi alam); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suruh I | perintah (firman, titah) supaya melakukan sesuatu, lwn larangan: hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah; bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berkirim-kiriman (utusan, wakil, dll); menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (dilakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya melanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau (terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang mengerjakan sesuatu yg sangat diingininya; suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruhsuruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh; penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyambut Gusti itu; pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah; penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memuliakan | 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, menghormati; ~ janji menepati janji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kun | Ar jadi; ~ fayakun (firman Allah yg bererti) jadi, maka jadilah (seisi alam); dikunkan ditakdirkan jadi (oleh Allah), sudah ditentukan lebih dahulu (oleh Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdalilkan | mempunyai sesuatu sbg dalil (bukti): Emas dan perak ini diwajibkan zakat ~ firman Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdalilkan | mempunyai sesuatu sbg dalil (bukti): Emas dan perak ini diwajibkan zakat ~ firman Allah. | Kamus Pelajar |