titik terapung(floating point) | Bentuk perwakilan nombor yang kuantitinya diwakili oleh suatu nombor, yang disebut mantisa, darab dengan kuasa bagi dasar. Misalnya, 0.0001234 atau 0.1234 ´ 10-3 dapat dilambangkan dalam bentuk titik terapung sebagai .123E -03. | Kamus Komputer |
alamat apung(floating address) | Alamat yang menggunakan pemboleh ubah untuk memudahkan penukarannya kepada alamat mutlak semasa penghimpunan. Alamat ini diberikan nilai tertentu supaya mudah ditukarkan apabila berlaku sebarang perubahan. | Kamus Komputer |
tatatanda titik terapung(floating-point notation) | Tatatanda untuk menyatakan nombor sahih dalam suatu format +/- m ´ R kuasa e apabila m ialah mantisa, R ialah radiks atau asas, dan e ialah eksponen atau kuasa. Dalam tatatanda ini nombor sahih yang besar boleh disingkatkan kepada bentuk yang lebih pendek | Kamus Komputer |
pengendalian titik terapung(floating-point operation) | Pengolahan dua nombor titik terapung untuk mendapatkan hasil satu nombor titik terapung. | Kamus Komputer |
flops | Singkatan bagi floating point operation per second, iaitu pengendalian titik terapung per saat. Singkatan ini digunakan sebagai unit ukuran kepantasan pemprosesan komputer. | Kamus Komputer |
mflops | Singkatan bagi mega floating-point operation per second, iaitu mega pengendalian titik terapung per saat. Unit kepantasan pemprosesan komputer bagi pengendalian titik terapung dalam lingkungan ribu. | Kamus Komputer |