fonemik | (fonémik) (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transkripsi fonemik | transkripsi yg menggunakan lambang fonem, mis /pokok/ dan /nyanyi/; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji fonem | (kaji foném) pengkajian fonem (analisis dan penggolongannya), fonemik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transkripsi | 1. (penyediaan) skrip atau teks yg penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dll atau drpd rakaman ucapan dll; 2. penukaran bahan bertulis drpd sesuatu bentuk ke dlm bentuk lain (mis yg menggunakan sistem fonetik, huruf dlm abjad lain, dll); ~ fonemik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonem, mis /pokok/ dan /nyanyi/; ~ fonetik (Lin) transkripsi yg menggunakan lambang fonetik, mis [poko/]; mentranskripsikan membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
disiplin | 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa menunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg ditetapkan: tindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu usaha yg dilakukan bergantung pd kumpulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin: ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |