penukaran kod(code conversion) | Proses menukarkan kod aksara dalam suatu format kepada format yang lain. | Kamus Komputer |
format | Susunan yang telah ditetapkan bagi paparan, penyimpanan atau penggunaan data, suruhan, kata, aksara atau fail. | Kamus Komputer |
apungan(float) | Pengendali atau fungsi matematik yang menukarkan nombor dalam format titik tetap kepada nombor yang setara dalam format titik terapung. | Kamus Komputer |
format | 1. bentuk dan rupa serta ukuran (saiz) tertentu sesebuah naskhah yg dicetak; 2. gaya atau susunan sesuatu rancangan penerbitan (mis siri TV) yg dipersembahkan; memformatkan menyediakan (mengatur dsb) mengikut sesuatu format: teks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun; pemformatan perihal (proses, perbuatan dsb) memformatkan: para penterjemah banyak menghabiskan masa membuat kerja penyuntingan, ~ dokumen, dan kerja yg berkaitan dgn leksikografi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
format | 1 bentuk, rupa dan ukuran (saiz) sesebuah buku, akhbar dsb. 2 gaya atau susunan persembahan sesuatu rancangan penerbitan, mis siri televisyen. 3 gaya persembahan sesuatu rencana, tugasan dsb. 4 ist susun atur data atau atur cara komputer. memformatkan membuat atau mengurus sesuatu supaya mengikut format: Dia ~ karangannya mengikut sebagaimana yg dikehendaki. pemformatan perbuatan atau proses memformatkan: Dia membuat kerja penterjemahan dan ~ dokumen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
struktur fail(file structure) | Format penyusunan medan rekod atau data dalam fail. | Kamus Komputer |
reka bentuk data(data design) | Format atau bentangan yang diperuntukkan bagi data. | Kamus Komputer |
perantaian data(data chaining) | Penyusunan format dan kandungan sekumpulan blok data suatu rekod supaya setiap blok data mengandungi alamat blok data selanjutnya mengikut jujukan susunan fail tertentu. | Kamus Komputer |
memformatkan | menyediakan (mengatur dsb) mengikut sesuatu format: teks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan pengendalian(operation field) | Bahagian, dalam format kata suruhan bagi bahasa mesin, yang dikhaskan untuk mengandungi tindakan atau pengendalian yang perlu dilakukan oleh suruhan tersebut. | Kamus Komputer |