perwira | 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel; keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkasa | 1. = gagah ~ gagah berani: Hang Tuah terkenal sbg seorang hulubalang Melayu yg ~; 2. berkuasa, hebat, kuat; dgn ~ dgn paksa (kekerasan); memperkasakan menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera; ~ bahasa Melayu; keperkasaan 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan; pemerkasaan perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkasa | 1 berani lagi bijak dlm peperangan: Hang Tuah merupakan hulubalang Melayu yg ~. gagah ~ gagah serta berani. 2 kuat dan berkuasa; hebat: memperkasakan menjadikan perkasa (hebat, unggul dsb): Usaha dijalankan utk ~ bahasa Melayu. keperkasaan 1 keadaan atau sifat berani lagi bijak (dlm peperangan): Dia tahu benar akan ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka. 2 keadaan kuat dan berkuasa; kehebatan: Kebimbangan sesetengah pihak timbul ekoran daya saing yg muncul drpd ~ ekonomi negara-negara Asia. pemerkasaan perbuatan, usaha dsb memperkasakan: Kongres meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkasa | berani lagi bijak dlm peperangan: Hang Tuah merupakan hulubalang Melayu yg ~. gagah ~ gagah serta berani. | Kamus Pelajar |
wirawan | sl gagah berani, gagah perkasa: kenapakah kamu menanyakan yg serupa itu, wahai anak muda yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wirawati | perempuan yg gagah berani (gagah perkasa): Florence kini muncul sbg ~ olahraga Amerika Syarikat bagi era 1988. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagah perkasa | gagah serta berani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gagah perwira | gagah perkasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagah perkasa | gagah berani: Hang Tuah terkenal sbg seorang hulubalang Melayu yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahlawan | orang yg sangat gagah berani; pejuang yg gagah: Sebuah tugu telah dibina utk memperingati ~-~ kita yg telah gugur. kepahlawanan sifat-sifat pahlawan; keberanian dan kegagahan: Nama Hang Tuah dan semangat ~nya tetap hidup dlm ingatan bangsa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |